Monday 27 July 2015

kerana aku hamba Allah

sakit
perit
pedih
jiwa koyak rabak
itu biasa
lumrah menjadi manusia



terkadang saat ujian datang silih berganti
seakan tiada tanda semuanya kan terhenti
saat itu
hati mulai kehilangan arah untuk dituju
dunia seluas angkasa pula terasa menyesakkan athma

bersabarlah wahai jiwa
bertabahlah wahai manusia
menangislah semahunya
izinkan sahaja tangisan itu gugur jatuh ke tanah
jangan biarkan ia lama berendam dengan airmata
terkhuatiri membengkak dengan dendam amarah
yang akhirnya membinasakan setiap yang ada

setelah itu
mendiamlah kembali dengan tenang
usaplah kembali airmata yang berbaki
kembalilah tersenyum menghadapi realiti

kerana matahari tidak selamnya bersinar terang
terkadang hujan gerimis turun menyapa
kala malam
hadirlah bulan bersama bintang bergemerlapan
menyinari alam mengikut taklifan yang diberi

begitulah sebuah kehidupan
ada manis dan pahit dalam perjuangan
terkadang gah kaki berdiri megah 
ada masa
jatuh tersungkur memohon belas ihsan


semuanya petanda bahawa kita manusia
punya seribu kekhilafan
yang lemah tanpa pergantungan tuhan
kerana itu
pesanku hanya saja 
andai dirimu
meletakkan segala harapan kepada namanya insan
pasti yang terbit hanya kekecewaan
yang berkunjung hanya pengkhiantan

namun
letaklah segalanya hanya pada tuhan
akan DIA pasti merawatnya kembali
andai tiada sudah tempat bersandar
selamanya ada tempat bersujud
kembalikan sahaja hati itu
untuk dirawat kembali

senyumlah kembali wahai adinda ku

Wednesday 1 April 2015

Saat Cinta Sabah dan Sarawak Bertamu di Kepulauan

Ukwah itu tidak semuanya bermula dengan 
manisnya gula-gula lolipop
terkadang bermula dengan
pedasnya asam pedas
malah 
terkadang bermula
dengan pahitnya ubat ..



namun 
itulah persahabatan ..
terkadang pertengkaran itu 
tanda mulanya
sebuah persahabatan 

pastinya lagi indah 
andai tersalut dengan 
manisnya takwa kepada ilahi ..

dalam tengah-tengah kepulauan itu
aku ditemukan dengan ramai insan yang merubah siapa aku yg lalu

coretan kali ini 
akan aku nukilkan tentang tiga sahabat yang amat aku kasihi
walau pertemuan bersama 
kurang dari tempoh setahun

bermula dengan panggilan classmate 
akhirnya berakhir dengan panggilan sahabat
moga akan tetap bersama hingga akhir 


Lizawati 
gadis sandakan sabah 
wanita yang kagumi ketabahannya dalam diam
senyumnya membawa seribu ketenangan
walau dia dihimpit seribu kesepian dan kesedihan
tidak mudah berada ditempatnya
aku juga mungkin tidak mampu

buat gadis cilik ini
aku mengharap engkau tetap kekal dalam jalan mujahadahmu
walau dikala sendiri
yakini sahaja
kita hidup bertemankan tuhan 
moga tidak akan kau ketemu kekecewaan 
jaga diri bebaik kat terengganu yar ...

Azra Naqiyah
gadis kota kinabalu
hamasanya dalam menuntut ilmu
amat aku kagumi
tidak ia hiraukan semua ujian yang datang menganggu
itu yang membuat aku bangga 
mempunyai teman sebaik dia
membuatkan aku tetap teguh dlm menuntut ilmu
buat azra yang comel
moga sentiasa tersenyum ketika kat labuan yar
jaga baik2 sahabat saya yg sorang tu lagi..hahaha


Nazia Khan
satu-satunya gadis sarawak dalam kalangan kami
perangainya yang sentiasa sempoi dan ceria
tidak pernah membuatku duka
dialah penceria diriku
dalam gelak tawanya
dialah juga antara yang hebat dalam akademik 
membuat aku kagum melihat dirinya
jarak kami tidaklah jauh sangat
kini dia kat johor 
namun amanah sering memisahkan kami



moga sahaja diri ini
akan diketemukan kembali dengan tiga hati ini
walau kini
kita telah dipisahkan kerana amanah yang diberikan
ku mohon
agar kalian tetap teguh dalam jalan allah

tiada suda teman stay up kat surau
tiada suda teman gossip kat library
tiada suda teman stalker kat kelas
tiada suda teman aku stay kat MP
tiada suda teman berlakon
tiada suda teman ketawa aku

namun 

kalian sentiasa menjadi antara sahabat terbaik aku
yang ada dalam kehidupan ini
andai jasad telah terpisah dari diri
sungguh
aku tidak menyesali
dalam mengenal kalian

salam sayang dari saya 
sahabat yang bakal menjadi pendidik ummah