Isnin, 27 Julai 2015

kerana aku hamba Allah

sakit
perit
pedih
jiwa koyak rabak
itu biasa
lumrah menjadi manusia



terkadang saat ujian datang silih berganti
seakan tiada tanda semuanya kan terhenti
saat itu
hati mulai kehilangan arah untuk dituju
dunia seluas angkasa pula terasa menyesakkan athma

bersabarlah wahai jiwa
bertabahlah wahai manusia
menangislah semahunya
izinkan sahaja tangisan itu gugur jatuh ke tanah
jangan biarkan ia lama berendam dengan airmata
terkhuatiri membengkak dengan dendam amarah
yang akhirnya membinasakan setiap yang ada

setelah itu
mendiamlah kembali dengan tenang
usaplah kembali airmata yang berbaki
kembalilah tersenyum menghadapi realiti

kerana matahari tidak selamnya bersinar terang
terkadang hujan gerimis turun menyapa
kala malam
hadirlah bulan bersama bintang bergemerlapan
menyinari alam mengikut taklifan yang diberi

begitulah sebuah kehidupan
ada manis dan pahit dalam perjuangan
terkadang gah kaki berdiri megah 
ada masa
jatuh tersungkur memohon belas ihsan


semuanya petanda bahawa kita manusia
punya seribu kekhilafan
yang lemah tanpa pergantungan tuhan
kerana itu
pesanku hanya saja 
andai dirimu
meletakkan segala harapan kepada namanya insan
pasti yang terbit hanya kekecewaan
yang berkunjung hanya pengkhiantan

namun
letaklah segalanya hanya pada tuhan
akan DIA pasti merawatnya kembali
andai tiada sudah tempat bersandar
selamanya ada tempat bersujud
kembalikan sahaja hati itu
untuk dirawat kembali

senyumlah kembali wahai adinda ku