Friday 5 June 2009

bayangan bola sepak masa hadapan

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada
semua pengunjung stadium bolasepak sekalian. Pada hari ini akan berlangsung
satu perlawanan akhir Piala Asia antara pasukan Malaysia dan Qatar."


Bergema suara komentar perlawananan di seluruh stadium tersebut.

"Perlawanan akan dimulakan pada pukul 9.15 malam nanti. Sebelum itu, saya mahu
memberi sedikit peringatan kepada semua penonton. Anda akan dihalau keluar dari
stadium sekiranya anda belum menyempurnakan solat Isyak sebelum perlawanan
dimulakan. Sila manfaatkan kemudahan masjid berdekatan.Penonton di rumah, pastikan
solat dulu sebelum menonton. Lewatkan solat, dosa menanti anda. Terima kasih."

Komentar menyudahkan ucapan pembukanya dengan salam. Jam menunjukkan pukul
8.40 malam. Bunyian azan bergema di stadium. Berpusu-pusu para hadirin bergegas
ke masjid yang berdekatan di stadium itu. Menyahut seruan menghadap Ilahi.

Mereka tidak kisah sekiranya terpaksa kembali ke sisi Pencipta mereka selepas solat,
biarpun tidak dapat meneruskan hajat mereka selepas itu untuk menonton perlawanan.

Selesai solat Isyak, mereka berjalan dengan tenang memasuki semula stadium yang
kosong. Pemain-pemain yang baharu sahaja pulang dari masjid tadi pun mula bersiap
memandangkan perlawanan akan bermula tidak lama lagi.

"Para penonton, anda diingatkan supaya tidak duduk dengan golongan bukan mahram
anda. Lelaki sila duduk di kawasan lelaki. Begitu juga dengan kaum wanita. Sila patuhi
peraturan. Anda juga dilarang beremosi secara melampau."
jelas komentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan bacaan doa. Keberkatan dipohon supaya tiada gangguan
sewaktu perlawanan berlangsung. Para pemain beratur, dengan berseluar tiga suku
yang mencengkam bahagian bawah lutut, mengaminkan bacaan doa bersama-sama.
Pengadil mengingatkan supaya tiada kata-kata kesat atau pergaduhan sepanjang
perlawanan.

Bismillahirrahmanirrahim...

Kick-off. Perlawanan dimulakan. Penyerang Malaysia terus menyerbu, menggunakan
peluang terbaik untuk menyumbat gol. Namun secara tiba-tiba diterjah oleh pertahanan
Qatar. Tersungkur penyerang Malaysia tadi. Namun si penyerang tadi tidak berasa marah,
malah melemparkan senyuman setelah mendengarkan sebutan "Asif" daripada
pemain pertahanan lawan tadi.

Malaysia diberikan sepakan percuma. Pemain bernombor 11 Malaysia menggunakan
kelebihan sepakannya yang membuatkan bola melencong, sekaligus memperdaya
penjaga gol Qatar untuk membolosi gawang, mencipta satu mata untuk pasukan negara.

Penjaring gol tadi terus sujud syukur atas kejayaannya tadi.

Half-time. Para pemain yang berehat menggunakan peluang rehat selama 15 minit
untuk menyempurnakan solat hajat bagi kemenangan mereka. Memohon diberikan
kejayaan yang diberkati.



Rasanya bolasepak yang dipandang negatif dengan pelbagai alasan sekarang ni tak
menjadi masalah pada masa hadapan sekiranya diterapkan dengan unsur Islam?

Mungkin..satu hari nanti? Siapa tahu?

No comments: